Ahad, 23 April 2017

LATIHAN JURUTERBANG HELIKOPTER TUDM

Sumber Gambar: redbullet production / Our Nuri's - The RMAF's Helicopter Heroes.
HELIKOPTER merupakan jentera terbang yang agak kompleks dari segi binaan dan pengoperasiannya berbanding pesawat kepak kaku yang lain.  Helikopter dapat terbang melalui putaran bilah-bilah rotor utama seakan-akan sayap pesawat. Rotor di bahagian ekor pula berfungsi untuk menghalang helikopter daripada berpusing dalam arah bertentangan dengan rotor utama.

LATIHAN JURUTERBANG HELIKOPTER TUDM

Dalam konteks TUDM, bakal-bakal juruterbang Helikopter akan mendapat ilmu asas penerbangan helikopter di Pusat Latihan Terbang 2 (PULATIBANG 2) di Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas, Alor Setar.

Untuk menjadi salah seorang Juruterbang Helikopter TUDM, Dasar TERKINI ialah anda mestilah seorang Pegawai yang ditauliahkan dengan pangkat permulaan Leftenan Muda selepas tamat pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Anda perlu mengikuti Latihan Asas Penerbangan di Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1) sebelum meneruskan latihan asas penerbangan helikopter di PULATIBANG 2.

BAGAIMANA UNTUK BERMULA?

Berminat untuk menjadi Juruterbang Helikopter TUDM tetapi TIDAK mengetahui langkah-langkah permohonan serta proses latihan juruterbang?  Dapatkan Buku KERJAYA TUDM sekarang!

Buku ini merupakan panduan lengkap berkaitan peluang kerjaya yang ditawarkan di dalam perkhidmatan TUDM.  Berminat untuk mendapatkan buku ini?

WhatApps saya di talian 0195771353 atau KLIK gambar Kulit Buku di bahagian atas blog untuk terus hubungi saya melalui WhatApps tanpa anda perlu "SAVE" nombor saya.

Salam Kejayaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan