Saturday, 26 November 2016

BUKU KERJAYA TUDM
Kulit hadapan dan belakang buku😀

Kulit hadapan buku

Isi kandungan Buku KERJAYA TUDM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Anda berminat menyertai TUDM, tetapi tidak tahu langkah, syarat2 kelayakan dan proses temuduga bagi Pegawai dan Anggota LLP? Bercita2 menjadi seorang Juruterbang, tetapi tidak tahu langkah2nya. Mahu bertanya tapi tak tahu pada siapa. Buku KERJAYA TUDM merupakan panduan yang sesuai untuk  anda atau anak2 anda bagi ibubapa. Dapatkan segera!

Antara bab menarik di dalam buku ini ialah:
- Dasar Pengambilan Anggota dan Pegawai
- Proses Pengambilan Angggota dan Pegawai
- Langkah menjadi seorang  Juruterbang
- Kerjaya Alternatif Penerbangan TUDM
- Pasukan Khas Udara / PASKAU
- Pasukan Udara Tentera Darat / PUTD
- Cawangan Udara TLDM
- Tips dan Alternatif bagi mereka yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik
- Ruangan Soalan dan Jawapan

Kuota Promosi RM25 untuk 200 pembeli pertama telah penuh. Namun,  atas permintaan yang menggalakan, saya membuka tawaran promosi buat kali KEDUA dengan harga RM28 tetapi TERHAD kepada 100 pembeli pertama sahaja. Selepas kuota promosi BATCH KEDUA ini penuh, harga jualan akan kembali kepada harga asal RM32.

COD hanya untuk area KULIM Hi-Tech, Kedah sahaja. Bagi luar kawasan Kulim,  kos POS RM7 akan dikenakan bagi Semenanjung dan RM10 bagi Sabah/Sarawak.

Cetakan halaman dalam buku hitam-putih. Bagi yang berminat, anda boleh terus PM saya, SUHAIDI - 0195771353.

Sedikit info tentang saya (Penulis). Saya BUKAN warga TUDM. Saya merupakan bekas Penulis Tamu Majalah PERAJURIT 2011-2015. Fokus penulisan saya berkaitan TUDM.




Saturday, 4 July 2015

PEGAWAI KADET UPNM. BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

PEGAWAI KADET UPNM. BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
PEGAWAI KADET UPNM DARI KETIGA-TIGA CABANG ATM. 
FOTO KREDIT: UTUSAN MALAYSIA

ANDA lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Berminat menyertai kumpulan Pegawai Kadet UPNM?  Apakah syarat kelayakan akademik dan fizikal yang diperlukan?  Apakah bidang pengajian di UPNM yang sesuai dengan kelayakan akademik anda?

Mungkin juga anda tertanya – tanya apakah proses temuduga yang perlu anda lalui bagi bergelar seorang Pegawai Kadet UPNM?  Dapatkan jawapannya di dalam E-Book KERJAYA TUDM sekarang!  Klik E-Book KERJAYA TUDM untuk maklumat lanjut. 
 

BAGAIMANA UNTUK MENJADI JURUTERBANG TUDM?


BAGAIMANA UNTUK MENJADI JURUTERBANG TUDM?
 JURUTERBANG PESAWAT SUKHOI SU-30 MKM

KERJAYA sebagai Juruterbang TUDM merupakan antara kerjaya yang paling diminati oleh kebanyakan anak muda.  Namun, bagaimana untuk menjadi seorang Juruterbang TUDM?  Apakah kelayakan yang diperlukan?  Untuk melahirkan seorang Juruterbang operasi yang cekap dan kompetan, terdapat beberapa siri latihan yang perlu dilalui bermula daripada pengajian di peringkat teori hingga latihan penerbangan asas, lanjutan, peralihan hingga ke peringkat perkhidmatan di skuadron operasi.

Ingin mengetahui lebih mendalam mengenai syarat kelayakan dan proses melahirkan Juruterbang TUDM?  Dapatkan E-Book KERJAYA TUDM sekarang!  Klik E-Book KERJAYA TUDM untuk maklumat lanjut.

Monday, 15 June 2015

ATM Ceroboh Wilayah Indonesia??

ATM Ceroboh Wilayah Indonesia??

Akhbar HARIAN METRO pada hari ini, 16 Jun 2015 di dalam ruangan GLOBAL melaporkan bahawa Jakarta akan menghantar nota diplomatik bagi membantah pencerobohan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di wilayahnya di Nunukan, Kalimantan Utara.

Menurut Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keamanan Indonesia, Tedjo Edhy Purdijatno, pada tahun ini saja, TLDM dan TUDM telah memasuki wilayah Indonesia di Nunukan tanpa kebenaran.  Indonesia menurutnya mengambil langkah awal dengan menyampaikan isu ini kepada Menteri Luar Indonesia untuk dipanjangkan dalam bentuk nota bantahan kepada kerajaan Malaysia.

 Keratan akhbar Harian Metro 16 Jun 2015

Menurut sumber Tentera Nasional Indonesia (TNI), kapal perang milik TLDM beberapa kali didapati menceroboh perairan Ambalat di Nunukan tetapi berjaya dipintas dan diusir.  Bagi saya, isu pencerobohan wilayah ini samada dari darat, laut mahupun udara merupakan isu yang sensitif.

Isu pencerobohan wilayah ini bukan sahaja melibatkan ATM, malah Angkatan Laut Indonesia (TNI-AL) sendiri pernah “terlajak” masuk ke perairan Malaysia khususnya di perairan Malaysia Timur.  Dari aspek pencerobohan udara pula, penempatan No. 6 Skuadron sebagai detasmen tetap pesawat tempur TUDM di Labuan bertujuan mempertahankan kedaulatan bumi Malaysia Timur dari sebarang bentuk pencerobohan pesawat asing yang memasuki ruang udara negara secara tidak sah. 

Juruterbang TUDM pula secara logiknya pasti tidak akan mengambil risiko untuk “bersiar-siar” di ruang udara negara jiran.  Namun, jika benar berlaku pencerobohan ke atas wilayah Indonesia, maka tindakan segera perlu diambil bagi menjaga hubungan baik Malaysia – Indonesia.  Namun, soalnya apakah benar berlaku pencerobohan oleh ATM ke wilayah Indonesia?  
 
  Keratan akhbar Berita Harian 22 Jun 2015

Saturday, 13 June 2015

"Welcome" Airbus A-400M TUDM

“Welcome” Airbus A-400M TUDM

 Pesawat Airbus A400M TUDM membuat penampilan pertama kepada umum semasa LIMA 2015 pada bulan Mac lalu.

Rakyat Malaysia kebanyakan sudah mengetahui bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima sebuah daripada empat unit pesawat angkut gergasi taktikal Airbus A400-M.  Dan buat julung kalinya, pesawat ini dipamerkan semasa  “Langkawi International Maritime and Aerospace” (LIMA) 2015 yang lalu.

Empat (4) unit pesawat ini akan membentuk sebuah skuadron baru di dalam keluarga pesawat angkut TUDM iaitu No. 22 Skuadron yang berpangkalan di Subang.  Sejarah perolehan pesawat ini bermula pada tahun 2005 semasa pameran LIMA 05.  Ketika itu, pesawat ini masih di peringkat konsep dan Malaysia merupakan antara negara awal yang menyumbang pelaburan di dalam proses pembangunan pesawat angkut taktikal ini.

 Pesawat pertama Airbus A400M "dimandikan" setelah tiba di Pangkalan Udara Subang. Foto kredit: airforce.gov.my

Setelah sedekad, TUDM kini gah dengan pesawat angkut yang moden dengan sistem kokpit digital dan sistem penerbangan Fly by Wire yang semestinya memberikan keselesaan dan  meringankan beban juruterbang.  Pesawat ini boleh diperanankan sebagai pesawat angkut taktikal jarak jauh, membawa trup payung terjun, pesawat penangki (Air to Air Refuelling) bagi menyokong gerakan pesawat tempur TUDM.

Untuk rekod, pesawat penangki KC-130T Hercules TUDM pada hari ini tidak mampu untuk menjadi pesawat penangki kepada pesawat tempur Sukhoi Su-30 MKM berikutan Cruise Speed pesawat KC-130T Hercules hampir menyamai Stall Speed pesawat Sukhoi.  Dan ia merupakan sesuatu yang berisiko tinggi apabila pesawat Sukhoi terpaksa terbang pada kelajuan Stall Speed dan ia mungkin akan kehilangan kuasa dan daya terbang. 

Oleh itu, Airbus A-400M merupakan pesawat yang tepat bagi menyokong gerakan pesawat Sukhoi dari aspek pengisian bahan bakar di udara bagi memanjangkan tempoh operasi pesawat ketika konflik atau latihan.

Screenshoot foto dari FB majalah PERAJURIT mengenai operasi helikopter EC-725AP dari No. 5 Skuadron yang menyertai operasi SAR di aras tinggi di Gunung Kinabalu.

Diharapkan agar kehadiran pesawat ini akan membawa banyak manfaat kepada TUDM, negara dan juga rakyat sepertimana yang dibuktikan helikopter Eurocopter EC-725 AP sebagai aset logistik udara yang membantu mangsa banjir di Kelantan (dari No. 10 Skuadron, Kuantan) dan terkini helikopter ini (dari No. 5 Skuadron, Labuan) turut membantu melaksanakan proses evakuasi pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap akibat gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini.  Go Air Force Go!

Tuesday, 28 April 2015

Legasi Nuri – Dari TUDM kepada PUTD

Legasi Nuri – Dari TUDM kepada PUTD


Semasa pameran “Langkawi International Maritime and Aerospace” (LIMA) 2015 yang lalu, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah menerima dua daripada keseluruhan 12 unit helikopter Nuri daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).  PUTD di awal penubuhannya pada pertengahan tahun 90-an bermula dengan bimbingan dan sumbangan aset daripada TUDM.  Sejumlah 10 helikopter Alloutte Mk. III telah dipindahkan kepada PUTD bagi membina sebuah entiti aviasi bagi Tentera Darat.

Dalam usaha menjadikan PUTD sebagai sebuah ketumbukan yang mampu beroperasi di dalam era peperangan moden hari ini, sejumlah 11 unit helikopter Agusta Westland AW-109 LOH telah diperolehi pada tahun 2003 yang membentuk Rejimen 881 PUTD.

Helikopter Agusta AW-109 LOH milik Rejimen 881 PUTD

Helikopter Nuri yang dicat semula dengan skim warna digital ini kelihatan agak berlainan daripada pesawat Nuri milik TUDM.  Dan bagi sesetengah pihak, (termasuk saya sendiri) skim warna Nuri PUTD ini kelihatan kurang menarik dan tidak begitu menyerlah.




Untuk rekod, kesemua 12 Nuri yang diserahkan kepada PUTD ini telah menjalani program permodenan oleh syarikat AIROD Sdn. Bhd. termasuk melengkapkan pesawat ini dengan sistem kokpit digital.

Walaupun hampir lima dekad bersama TUDM, Nuri masih lagi mampu untuk membelah angkasa dan kini, khidmatnya diteruskan oleh PUTD sebagai penyambung legasi Nuri. 

Legasi Nuri- Si Burung Besi!

video
Video sempena HUT PUTD ke-17