Ahad, 7 Januari 2018

PEGAWAI KADET GRADUAN 2018

👥👥👥
INFO:  KEPADA CALON2 PEGAWAI KADET GRADUAN 2018.

TAHNIAH kepada anda yang berjaya mendapat tawaran ke sesi Pemilihan dan Temuduga Pegawai Kadet Graduan 2018.

Untuk makluman anda, Pengambilan Pegawai Kadet Graduan merangkumi ketiga-tiga Cabang Perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara.

Setiap perkhidmatan mempunyai Kuota Pengambilan tertentu bagi setiap bidang/disiplin yang ditawarkan seperti dinyatakan di dalam iklan pengambilan.

Sebagai Contoh, perkhidmatan TUDM memerlukan Calon2 Pegawai Kadet yang mempunyai kelulusan dan dalam jumlah berikut:

🔰 Kejuruteraan : 7 Orang
🔰 Media / Perhubungan Awam : 3 Orang
🔰 Pengurusan / Logistik : 5 Orang
🔰 Kewangan / Perbankan : 5 Orang

Jadi, setiap calon yang memiliki kelulusan Ijazah dalam bidang Kejuruteraan hanya akan bersaing dalam kelompok mereka untuk mendapat tempat bagi mengisi kekosongan 7 perjawatan bagi bidang Kejuruteraan tersebut.

Ini bermakna, calon2 Media / Perhubungan Awam tidak perlu bersaing dengan calon2 Kejuruteraan dan calon2 dari lain2 bidang.

NOTA:
Jumlah kekosongan dan bidang yang dinyatakan di atas adalah sebagai contoh sahaja.  Jumlah sebenar calon2 yang diperlukan mungkin kurang atau lebih dari jumlah yang dinyatakan.

#sekadarperkongsian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan