Monday, 11 June 2012

Tragedi Berdarah Super Puma

Tragedi Berdarah Super Puma
Majalah PERAJURIT edisi Oktober 2011

“31 December 1993 – NAS 332 Super Puma (M36-01) departed from Butterworth to Kangar to pick-up DPM delegation crashed at Kampong Teluk, Sg Petani, Kedah. The aircraft Captain, Mej Kamarul Bahrain bin Ahmad TUDM, Co-pilot Kapt Mohd Fitri @ Chew Ban Chai bin Abdullah TUDM, AQM Sjn (U) Nordin bin Ahmad and Stewardess Sjn U (W) Azni binti Alias were killed.”

31 Disember 1993, sehari sebelum masuknya tahun baru 1994, sebuah helikopter VIP Super PUMA NAS-330 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terhempas di Kampung Teluk, berhampiran Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah.  Pesawat ini membawa dua Juruterbang, seorang Kuatermaster Udara (KU) dan seorang Pramugari TUDM.

Ketika insiden, pesawat malang ini di dalam perjalanan ke Perlis bagi menjemput Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang dalam rangka lawatan ke negeri tersebut.


Sarjan Udara Nordin (Kanan) bergambar kenangan  di dalam helikopter Executive S61N1 Agusta Haly sebelum nahas tersebut.  Pesawat ini mengalami kerosakan dan digantikan dengan Executive Super Puma yang meragut nyawanya.

9 comments:

  1. Salam
    Perenggan terakhir diatas menyatakan tentang bergambar. Saya inigin melihatnya. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Akan saya masukkan imej tersebut. Tksih

      Delete
  2. terima kasih. usaha anda sangat dihargai. izin untuk dimuat turun untuk simpanan. saya adalah salah seorang anak balu diatas. (F/Sjn Noordin Bin Ahmad). Terima kasih sekali lagi.
    Salam.

    ReplyDelete
  3. Sama2. Takziah untuk anda atas kehilangan ayah yang terkorban demi negara. Sampaikan salam saya untuk ibu anda.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Sila layar blog saya - xnuriblogspot.com. Untuk makluman, arwah Mej Kamarul adalah ko-pilot saya di No 10 Skn, TUDM Kuantan, pada 1980. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum Mejar.. sy adib. anak arwah Mejar Kamarol. :)

      Delete
  5. Terima kasih Mej. Moga perkongsian kita di dalam blog memberi makna kepada mereka yang berkenaan terutamanya keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat TUDM. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..boleh sy bertanya, di mana sy boleh dapatkan majalah perajurit untuk edisi yg ini? boleh sy dapatkan artikel/gambar berkaitan tragedi super puma ni jika ada dlm simpanan tn? jika x keberatan, boleh email kepada sy. adibkamarol@gmail.com. sy anak Allahyarham Mejar Kamarol Baharin Bin Mohamed. mohon jasa baik tn kerana artikel2 yg sy kumpul dahulu hilang dalam simpanan.
    p/s: salam Takziah dari sy & keluarga untuk keluarga mangsa lain yang turut terkorban. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam. Untuk majalah Perajurit edisi tersebut saya tak pasti. Cuba hubungi majalah tersebut di facebook, PERAJURIT - Penjana Pemikiran Pertahanan dan bertanya pada admin. Berkenaan artikel tersebut, saya akan cuba kumpulkan keratan-keratan akhbar dan emailkan kpd saudara. Terima ksih krna mmbaca blog saya.

    ReplyDelete