Selasa, 16 Mei 2017

LEPASAN POLITEKNIK: PELUANG ANDA MENJADI JURUTEKNIK PESAWAT TUDM

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Graduan Kejuruteraan dari Politeknik, anda bepeluang menjadi JURUTEKNIK pesawat TUDM melalui Pengambilan Khas Juruteknik TUDM.  Sebelum tahun 2013, Juruteknik TUDM diambil dalam kalangan Perajurit Muda yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (Kredit dalam Subjek Matematik dan Sains).  Selain itu, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam bidang berkaitan Kejuruteraan akan diserapkan mengikuti latihan asas Kejuruteraan.

Juruteknik Helikopter Nuri TUDM sedang membaiki enjin pesawat di lapangan.  Sumber Gambar: Twiter TUDM
Setelah tamat Latihan Asas Perajurit Muda TUDM di Institut Latihan Tentera Udara (ITU) di Ipoh, Perak para Perajurit Muda akan dibahagikan mengikut Tred masing-masing samada Kejuruteraan, Pengurusan Ruang Angkasa, Materiel atau Pengurusan.

Bagi Perajurit Muda yang diserapkan ke cawang Kejuruteraan, mereka akan mengikuti Latihan Asas Kejuruteraan di Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar kira-kira 3 tahun.  Latihan lanjutan akan dijalankan secara praktikal di Skuadron-skuadron Penerbangan mengikut tred masing-masing samada Tred Enjin, Avionik, Airframe dan lain-lain.

KOMANDO PASUKAN KHAS UDARA (PASKAU)

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Pasukan Khas Udara (PASKAU) merupakan entiti Komando di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).  Kepakaran dan kebolehan mereka setaraf dengan Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (PASKAL - Kini KD Panglima Hitam).

Pemilihan untuk mengikuti Kursus Asas Komando PASKAU adalah secara terbuka.  Bermakna, mana-mana Anggota LLP atau Pegawai yang sedang berkhidmat boleh memohon untuk menyertai Kursus Asas Komando PASKAU apabila dibuka.

Pemakaian Beret Biru PASKAU untuk  Lt. Muda Zulshafiq Bin Nordin TUDM. Sumber Gambar: Instagram TUDM

Untuk Kursus Asas Komando PASKAU Siri 24/2017, Penuntut Terbaik dijulang oleh Lt. Muda Zulshafiq Bin Nordin TUDM.  Di dalam majlis penganugerahan Beret Biru PASKAU ini juga, beliau turut dinaikan pangkat sebagai LeftenanTUDM.  Majlis tamat latihan Kursus Asas Komando PASKAU siri 24/2017 ini disempurnakan oleh YBhg. Lt. Jeneral Dato' Sri Hj. Abdul Mutalib Bin Datuk Hj. Wahab.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai TUDM sebagai Anggota LLP atau Pegawai dan berminat untuk menyertai kumpulan Komando PASKAU TUDM, dapatkan Buku KERJAYA TUDM Sekarang!  Buku ini merupakan panduan kerjaya lengkap berkaitan TUDM untuk mereka yang menyimpan angan-angan untuk menyarung uniform TUDM suatu hari nanti.

Bagaimana untuk mendapatkan Buku KERJAYA TUDM?  Hubungi saya melalui whatApps 0195771353.

Salam Kejayaan!

Isnin, 15 Mei 2017

NOTA KECIL AIMAN: INGIN MENJADI JURUTERBANG TUDM

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Ketika melewati laman Instagram, saya telah terlihat sebuah "posting" oleh seorang ibu mengenai nota yang dilukis oleh anaknya, Muhammad Aiman yang bercita-cita menjadi seorang Juruterbang TUDM.  Pada saya, cita-citanya perlu disemai dengan semangat oleh ibubapanya.  Selain semangat, bagi saya adik tersebut perlu mengetahui dengan jelas bagaimana untuk merealisasikan cita-cita beliau sebagai Juruterbang TUDM.

Sumber Gambar: deeahmad / Instagram
Apabila terjumpa lukisan sebegini, saya akan teringatkan zaman persekolahan saya dahulu.  Saya begitu berminat untuk menjadi seorang Juruterbang Helikopter TUDM.  Namun, usaha saya seolah-olah tersekat kerana tiadanya pendedahan mengenai kerjaya TUDM apatah lagi promosi secara berterusan oleh TUDM sendiri ketika itu.

Pada hari ini, pelbagai medium promosi telah dijalankan oleh TUDM melalui pameran kerjaya, hari terbuka selain aplikasi Media Sosial seperti Facebook, Twiter, Instagram dan sebagainya.  Peluang ini seharusnya diambil oleh golongan pelajar dan belia yang berminat untuk menyertai TUDM bertanya secara terus kepada anggota dan pegawai yang mengendalikan laman sosial TUDM tersebut.

Saya menulis buku "KERJAYA TUDM" ini dengan harapan dapat membantu para pelajar sekolah, lulusan Sijil Kemahiran, graduan Politeknik dan Universiti yang berminat untuk menyertai TUDM merancang perjalanan kerjaya mereka.

In Sha Allah, saya akan cuba menghubungi adik Aiman untuk menghadiahkan buku "KERJAYA TUDM" kepada beliau bagi mencapai cita-citanya sebagai Juruterbang TUDM suatu hari kelak, In Sha Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan buku "KERJAYA TUDM", anda boleh menghubungi saya (WhatApps) melalui nombor telefon 019-5771353.  Anda boleh "KLIK" pada gambar kulit buku di bahagian atas blog untuk menghubungi saya melalui WhatApps tanpa perlu "Save" nombor saya (Direct Link).


EJEN BUKU "KERJAYA TUDM"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

EJEN BUKU "KERJAYA TUDM" DIPERLUKAN!!!

Buku KERJAYA TUDM merupakan sebuah buku panduan kerjaya yang lengkap bagi para pelajar sekolah menengah, penuntut institusi kemahiran, politeknik dan universiti. Buku ini mengandungi tatacara pemohonan dan proses temuduga bagi Anggota dan Pegawai TUDM.


Antara kandungan buku KERJAYA TUDM ialah:

BAHAGIAN 1:  PENGENALAN KERJAYA

Bab 1:  Mengapa Anda Pilih TUDM?
Bab 2:  Sejarah dan Permodenan TUDM

BAHAGIAN 2:  ORGANISASI DAN FASILITI

Bab 3:  Pusat Latihan TUDM
Bab 4:  Pangkalan Udara
Bab 5:  Skuadron Penerbangan

BAHAGIAN 3:  INGIN SERTAI TUDM?

Bab 6:  Kaedah Pengambilan
Bab 7:  Proses Pengambilan Anggota LLP
Bab 8:  Proses Pengambilan Pegawai

BAHAGIAN 4:  KERJAYA TUDM

Bab 9:  Cawang Kepakaran TUDM
Bab 10:  Ingin Menjadi Juruterbang TUDM?
Bab 11:  Pasukan Khas Udara (PASKAU)

BAHAGIAN 5:  KERJAYA ALTERNATIF

Bab 12:  Kerjaya Alternatif Penerbangan TUDM
Bab 13:  Cawangan Udara TLDM
Bab 14:  Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)

BAHAGIAN 6:  ORGANISASI SOKONGAN

Bab 15:  Muzium Tentera Udara
Bab 16:  Pasukan Simpanan Sukarela TUDM
Bab 17:  Industri Aeroangkasa Sokongan

BAHAGIAN 7:  MAKLUMAT UMUM

Bab 18:  Pingat Tentera Udara (PTU)
Bab 19:  Komitmen Nasional dan Global TUDM
Bab 20:  Kisah Inspirasi Perwiran & Srikandi TUDM

BAHAGIAN 8:  PANDUAN

Bab 21:  Tips dan Alternatif
Bab 22:  Soalan dan Jawapan

BONUS: MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)


Berikut ialah jadual PAKEJ EJEN yang disediakan. KOS PENGHANTARAN bagi Pakej A adalah PERCUMA manakala bagi Pakej B (RM40) dan Pakej C (RM60).



Bagi anda yang berminat boleh menghubungi saya melalui WhatApps (019-5771353).  Tawaran terhad kepada lima (5) orang sahaja.  Atau anda juga boleh "KLIK" pada gambar kulit buku di bahagian atas Blog untuk menghubungi saya melalui WhatApps tanpa perlu "SAVE" nombor telefon saya (WhatApps Direct Link).

Salam Kejayaan!