Tuesday, 16 May 2017

LEPASAN POLITEKNIK: PELUANG ANDA MENJADI JURUTEKNIK PESAWAT TUDM

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Graduan Kejuruteraan dari Politeknik, anda bepeluang menjadi JURUTEKNIK pesawat TUDM melalui Pengambilan Khas Juruteknik TUDM.  Sebelum tahun 2013, Juruteknik TUDM diambil dalam kalangan Perajurit Muda yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (Kredit dalam Subjek Matematik dan Sains).  Selain itu, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam bidang berkaitan Kejuruteraan akan diserapkan mengikuti latihan asas Kejuruteraan.

Juruteknik Helikopter Nuri TUDM sedang membaiki enjin pesawat di lapangan.  Sumber Gambar: Twiter TUDM
Setelah tamat Latihan Asas Perajurit Muda TUDM di Institut Latihan Tentera Udara (ITU) di Ipoh, Perak para Perajurit Muda akan dibahagikan mengikut Tred masing-masing samada Kejuruteraan, Pengurusan Ruang Angkasa, Materiel atau Pengurusan.

Bagi Perajurit Muda yang diserapkan ke cawang Kejuruteraan, mereka akan mengikuti Latihan Asas Kejuruteraan di Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar kira-kira 3 tahun.  Latihan lanjutan akan dijalankan secara praktikal di Skuadron-skuadron Penerbangan mengikut tred masing-masing samada Tred Enjin, Avionik, Airframe dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment