Isnin, 20 Mac 2017

SKIM PEGAWAI KADET GRADUAN ATM

Skim Pegawai Kadet Graduan terbuka bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam dan Swasta dari dalam atau luar negara.  Bidang-bidang pengajian yang diperlukan juga tidak tetap dan akan berubah setiap tahun mengikut kekosongan perjawatan.

Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet Graduan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. http://www.mafhq.mil.my

Calon Pegawai Kadet Graduan yang memenuhi syarat kelayakan akademik akan dipanggil ke sesi temuduga yang akan berlansung antara 4 hingga 7 hari di mana-mana lokasi yang ditetapkan.  Calon akan menjalani ujian pemilihan asas fizikal yang merangkumi ujian penglihatan, pengukuran tinggi, berat dan pengiraan Body Mass Index (BMI). Lulus ujian asas fizikal, anda akan diuji dengan lebih teliti oleh Doktor Perubatan ATM Selain itu, calon calon-calon juga perlu melalui sesi ujian kecergasan.

Nota: Akan bersambung.....


Selasa, 14 Mac 2017

BUKU KERJAYA TUDM




Keputusan SPM 2016 akan diumumkan pada 16 Mac 2017.  Jadi, bagi adik-adik lepasan SPM, apakah arah tujuan anda?  Adakah anda berminat untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) samada sebagai Pegawai atau Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)?

Jika YA, dapatkan Buku KERJAYA TUDM hari ini!  Buku ini merupakan panduan lengkap bagi anda yang berminat untuk menyertai TUDM.  Hubungi saya di talian 019-5771353.

Stok buku TERHAD!