Jumaat, 24 Januari 2014

Pengambilan Pegawai Graduan ATM 2014/2015


Pengambilan Pegawai Graduan ATM 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang mengikuti atau tersesat ke blog PenaPertahanan.Blogspot.Com.  Di dalam entri ringkas ini, saya ingin membincangkan mengenai Pengambilan Skim Pegawai Graduan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Untuk pengetahuan anda, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada hari ini diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).  Namun, bagi anda yang berminat untuk menjadi salah seorang Pegawai di dalam perkhidmatan ATM, anda mempunyai saluran alternatif iaitu melalui Skim Pegawai Graduan.

Apa itu Skim Pegawai Graduan??
Skim Pegawai Graduan merupakan kaedah pengambilan Pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti tempatan dalam dan luar negara.

Pengurniaan watikah tauliah kepada salah seorang Pegawai Graduan TUDM yang disampaikan oleh YBhg. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 
Foto kredit: airforce.gov.my

Kebanyakan disiplin atau bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang tidak ditawarkan di UPNM.  Namun, pada sesi pengambilan Pegawai Graduan 2015, terdapat banyak bidang yang ditawarkan di dalam perkhidmatan TUDM.  Disiplin yang diperlukan juga sentiasa berubah setiap tahun bagi memenuhi keperluan semasa.  Sekian sedikit info ringkas mengenai Skim Pegawai Graduan ATM.

48 ulasan:

  1. As'salam, Encik.. saya nk tnye.. saya lepasan diploma.. selain upnm, kemasukkan mane yg ada kaitan dengan tentera.. kerana saya berminat untuk masuk dlm perkhidmatan tentera nie..

    BalasPadam
  2. Wsalam. Untuk diploma, anda boleh memohon sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat - LLP). Untuk pegawai, perlu memiliki minima Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang2 yang diperlukan. Bidang-bidang ini pula akan berubah dari masa ke semasa bagi memenuhi kekosongan. T/kasih.

    BalasPadam
  3. Kalau yang kolej tentera darat tu ada lagi ke kolej tu?? mcm k-force tu untuk orang awam ke??

    BalasPadam
  4. Kolej Tentera Darat merupakan pusat latihan bagi Pegawai Graduan TD sebelum ditauliahkan. Jika Pegawai Graduan TUDM, mereka akan menjalani latihan asas pegawai di Pusat Latihan Pegawai di Kolej Tentera Udara Alor Setar sebelum ditauliahkan.

    K-Force jika tidak salah, hanya untuk warga ATM sahaja yang berminat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sekian setakat apa yang saya ketahui.

    BalasPadam
  5. salam tuan,
    ada pengambilan lg x utk peg graduan ni..?
    sgt berminat.tq.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan,
    klau graduate dari university lain boleh tak minta masuk kolej tentera udara dan seterusnya.. utk menjadi pilot TUDM

    BalasPadam
  7. Salam.
    Saudara Amir Man
    Pengambilan untuk skim graduan ini hanya dibuat setahun sekali mengikut keperluan. Mungkin saudara boleh memohon pada tahun hadapan.

    Saudara Pencinta Pendekar melayu,
    Boleh untuk saudara memohon. Tetapi bidang yang diperlukan untuk TUDM terhad kerana kekosongan tersebut diisi oleh Pegawai kadet dari UPNM. Untuk pengetahuan saudara juga, bidang-bidang yang diperlukan juga akan berubah dari tahun ke tahun mengikut keperluan dan kekosongan semasa.

    Untuk menjadi juruterbang, saya tidak pasti smada pada masa hadapan akan diambil dari kalangan pegawai graduan. Buat masa ini, calon juruterbang diambil dalam kalangan Pegawai kadet UPNM.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Salam Tuan, Saya amat berminat dengan kerjaya sebagai anggota tentera dan saya juga ada memasuki tentera simpanan darat sewaktu saya belajar di universiti, in sha Allah saya bakal bergraduasi pada bulan november 2014 ini,tapi apa yg sya perhatikan kursus sarjana muda yang saya ambil ini tidak tersenarai dlm jurusan yg dperlukan, jadi persoalannya adakah saya layak utk menjadi pegawai graduan?

    BalasPadam
  9. Salam saudara Matt Know Fahmi. Apakah bidang pengajian anda sekarang? Mungkin pada masa hadapan, bidang pengajian anda tersenarai antara bidang yang diperlukan. Bidang2 ini sentiasa berubah dari tahun ke tahun. Sekiranya bidang pengajian anda tiada di dalam senarai yang diperlukan, maka anda tidak layak. Sekiranya ada di dalam senarai yang diperlukan, anda boleh memohon. Terima kasih.

    P/S: Saya sedang menyiapkan buku bertajuk "Kerjaya Tentera Udara Diraja Malaysia". Buku ini dijangka akan diterbitkan selewat-lewatnya bulan Julai 2014 nanti.

    BalasPadam
  10. salam Tuan, sy graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dgn Kepujian. Adakah bidang pengajian sy tersenarai antara bidang yang diperlukan dalam Pengambilan untuk skim graduan ATM 2014?

    Terima Kaish

    BalasPadam
  11. salam Tuan, saya graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang Undang dengan Kepujian, dan saya juga baru sahaja ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis (SUKSIS) di IPTA baru baru ini. persoalan saya, adakah saya mempunyai peluang untuk apply utk jawatan pegawai di dalam TUDM atau mmg jawatan ini hanya disediakan untuk pegawai kadet lepasan UPNM?

    BalasPadam
  12. Salam..apakah perjawatan bagi kemasukan diploma Dan bagaimanakah untk sambung belajar di dlm perkhidmatan..sekian

    BalasPadam
  13. Salam.. sya ad melihat untk skim graduan ni bhawa untk sains sukan hnya diperlukan dlam atm shaja.. tetapi sya ingin menyertai tldm dan ijazah sains sukan x diperlukan.. jd adkah bila sya apply , sya akn diterima ?? Sekian

    BalasPadam
  14. Salam. Terima kasih atas pertanyaan anda. Insya-Allah, saya akan cuba memberikan jawapan yang tepat. Maaf terlambat reply. Sibuk dengan kerja.

    Saudara Idham Razak,
    Bidang Pengajian Saudara tersenarai di dalam bidang yang diperlukan bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi pengambilan 2014/2015. Namun, bidang-bidang yang diperlukan ini akan sentiasa berubah setiap tahun mengikut perjawatan yang diperlukan.

    Saudara Mohd Saifullah Zolkifly
    Anda berpeluang untuk memohon, asalkan anda mempunyai kelulusan minima Ijazah sarjana Muda di dalam bidang-bidang yang disenaraikan di dalam iklan pengambilan Skim Pegawai Graduan.

    Perlu anda fahami bahawa pada hari ini, terdapat dua kaedah pengambilan Pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM – Darat, Laut dan Udara iaitu melalui Skim Pegawai Kadet UPNM (Lepasan SPM – Perlu mengikuti pengajian di peringkat Asasi seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPNM) dan Skim Pegawai Graduan (Lepasan IPTA/IPTS).

    Secara teorinya, kelulusan akademik Pegawai Kadet UPNM dan Pegawai Graduan adalah sama iaitu Ijazah Sarjana Muda. Namun, Pegawai Graduan dipilih dari kalangan graduan dari universiti luar – UTM, UiTM, UPM, UUM dan lain-lain.

    Saudara Mohd Akmal
    Saya andaikan saudara Akmal bertanya mengenai kemasukan TUDM. Sehingga tahun 2010, graduan diploma masih diambil sebagai Pegawai Graduan TUDM. Namun, selaras penstrukturan semula sistem gaji dan pangkat ATM, lulusan Diploma hanya layak memohon sebagai anggota lain-lain pangkat (LLP).

    Namun, lulusan Diploma menikmati tangga gaji lebih tinggi daripada lulusan SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

    TETAPI, pengambilan lulusan Diploma untuk perkhidmatan TUDM hanya terhad untuk lulusan DIPLOMA KEJURUTERAAN SAHAJA. Ia termasuk Diploma Kejuruteraan Elektrik/Elektronik/Mekatronik/Mekanikal.

    Bidang KEJURUTERAAN AWAM TIDAK diterima kerana ia tidak berkaitan di dalam perkhidmatan TUDM. Sekian.

    Saudara Hapiz Bomba
    Setiap perkhidmatan ATM – Darat, Laut dan Udara mempunyai kuota dan perjawatan bagi pengambilan Pegawainya mengikut bidang-bidang yang diperlukan khususnya bidang-bidang pengajian yang tidak ditawarkan di UPNM seperti Sains Sukan, Katering, Perhubungan Awam, Kaunseling dan beberapa lagi.

    Oleh itu, sekiranya anda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan berminat menyertai TLDM, namun bidang pengajian anda hanya diperlukan di dalam perkhidmatan TUDM, anda hanya boleh memohon menyertai TUDM.

    Seandainya anda memohon sebagai Pegawai Graduan TLDM, sedangkan bidang pengajian anda tidak ditawarkan di dalam iklan pengambilan, maka peratusan anda untuk dipanggil menyertai sesi temuduga adalah tipis. Sekian.

    P/S: Kalau boleh, jangan panggil saya dengan gelaran Tuan. Saya sebaya atau mungkin lebih muda daripada anda (24 tahun). Panggil saja Adi

    BalasPadam
  15. Salam..jika wanita berminat menyertai pegawai graduan tdm, adakah dia akan diambil jika dia telah berkahwin dan pada ketika itu dia sedang hamil sebagai contoh. Dan berapa lama latihah di kolej tentera darat tu?mohon detailkan jwpn.terima ksh

    BalasPadam
  16. Salam. Saudari Nadia.
    Calon Pegawai Graduan bagi wanita hanya diambil dari kalangan wanita bujang dan tidak pernah berkahwin. Jika telah atau pernah berkahwin dan hamil, maka tiada lagi peluang. Latihan pula biasanya selama enam (6) bulan di Kolej Tentera Darat (KTD). Terima kasih

    BalasPadam
  17. saya lahir bln 8 1988.seandainya iklan pengambilan keluar hujung tahun ini atau awl tahu depn, adakah saya masih layak memohon atau sudah melebihi umur 27tahun? memag 6bulan ke latihan dia?saya difahamkan 9bulan. dan seandainye sudah berkahwin tapi tidak hamil, memang tiada juga ye peluang?mohon pencerahan

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum.. Pengambilan skim graduan ni tahun 2015 bila ya tuan? Saya berminat untuk join TLDM ni.. Terima kasih.

    BalasPadam
  19. assalamualaikum.. saya baru habis belajr dan tidak konvo lagi, bolehkah saya menyertai skim pengambilan kerana tidak konvo lgi?dan bilakah penhambilan baru dibuat untuk tahun ini 2015?

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. salam tuan pengambilan pegawai graduan untuk 2016 sudah dibuka namun had umur hanya pada 25tahun sahaja, apa yang saya perhatikan pada pengambilan 2015 had umur adalah sehingga 27tahun, mengapakah perkara seperti ini berlaku?

    BalasPadam
  22. salam ... pbt(lelaki) dr unit komando telah mendapat surat sambung belajar di upnm sbg leftenan muda tp surat tersebut sampai selepas dia dilucutkan dr unit komando dan senarai maklumat yg dimajukan adalah maklumat dia ketika dlm komando , adakah dia masih perlu sambung belajar di upnm atau surat tersebut terbatal serta-merta ?

    BalasPadam
  23. salam tuan,
    sy lepasan ijazah upsi jurusan psikologi sukan. sy sangat berminat utk menjadi pegawai atm. sy ada lihat antara jurusan yg layak utk memohon dalam tentera darat adalah jurusan SAINS SUKAN. Adakah jurusan sy PSIKOLOGI SUKAN ini layak utk memohon?

    BalasPadam
  24. assalam tuan..

    saya merupakan graduan kejuruteraan mekanikal. sekarang sy berusia 27 tahun. untuk pengetahuan tuan, sy pernah memohon memasuki ATM melalu jommasuktentera. amat mendukacitakan, saya tidak layak kerana melebihi had umur.

    apa yang membuatkan sy terkejut, baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya di ijazah telah pun menamatkan latihan sebagai pegawai tudm. beliau sebaya dengan sy dan beliau juga memohon melalui saluran yang saya guna.

    kalau diikutkan kelayakan umur sewaktu memohon, kalau sy tidak layak. mengapa kawan sy layak? kalau diikutkan kelayakan pelajaran, km graduan kejuruteraan mekanikal da sy memiliki kelebihan dari segi pointer yang lebih tinggi berbanding kawan saya.

    Boleh tuan jelaskan sedikit mengenai hal ini jika tuan tak keberatan. jiwa saya untuk memasuki angkata tentera amat tinggi.

    jikalau ini rezeki da takdir saya faham. tp sy perlukan penjelesan. terima kasih

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum tuan. Saya berkelulusan diploma bisnes study. Dan saya telah menerima email daripada jommasuktentera mengatakan permohonan saya telah berjaya untuk menjadi pegawai kadet graduan dan perlu menghadiri temuduga . Apa yang memusykilkan saya adalah saya hanya mempunyai diploma dan dipanggil untuk ditemuduga. Bukan kah sekarang telah diselaraskan bahawa pegawai kadet graduan hanya untuk lepasan ijazah?? Mohon pencerahan daripada pihak tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  26. bolehkah anggota tentera LLP yang mempunyai diploma untuk sambung belajar ke peringkat ijazah utk menjadi pegawai skian trima kasih

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum..bulan brape ye selalunye intake skim pegawai graduan ni? Saya berminat nak masuk ATM

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum tuan ..sy daripada IPTS dan mengambil sarjana muda dalam jurusan penyediaan makanan(culinary art)..saya sangat berminat untuk menyertai pegawai kadet..adakah saya berkelayakan?? Mohon pencerahan tuan.terima kasih

    BalasPadam
  30. slm tuan.sye ditawarkan menjadi pegawai kadet upnm .namun,saya menolak dan berhasrat ingin menghabiskan degree[kejuruteraan elektrikal]sebagai pelajar awam kemudian ingin memohon skim kadet graduan setelah tamat belajar. persoalannya,adakah saya layak untuk memohon go kerana saya pelajar dari upnm,? adakah go hanya mengambil graduan dari ipta luar sahaja?

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. saya adalah pelajar awam di UPNM tapi bole tak klau sy mohon masuk ke pegawai sskim graduan ini utk ditauliahkn mnjadi pegawai tentera ?

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum tuan, saya pemegang diploma dan telah mewakili negara dalam bidang sukan. Saya ada terbaca pada syarat-syarat kemasukan bahawa atlet yg mewakili negeri dan negara akan diberi keutamaan dan Saya amat berminat sekali untuk berkhidmat dgan atm. Adakah saya boleh memohon sebagai pegawai kadet graduan ?? Tq

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Tuan,sya shah dri johor,sya memang berazam ingin menjadi seorang Tentera..Tpi sya skrg keliru untuk mohon tentra apa yg sesuai dgn pembelajarn sya,Sya alepasan Diploma Teknologi kejuruteraan Kimpalan..boleh kah tuan berikan sya pendapat sama ada sya ingin memohon atm,tdm,tudm,tldm.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum Tuan,sya shah dri johor,sya memang berazam ingin menjadi seorang Tentera..Tpi sya skrg keliru untuk mohon tentra apa yg sesuai dgn pembelajarn sya,Sya alepasan Diploma Teknologi kejuruteraan Kimpalan..boleh kah tuan berikan sya pendapat sama ada sya ingin memohon atm,tdm,tudm,tldm.

    BalasPadam
  36. aslm tuan sy lepasan ijazah undang2 saya berminat untuk menyertai atm... boleh tuan beri pencerahan Skop kerja bagaimana yg ditawarkn utk lepasan ijazah undang2 terima kasih

    BalasPadam
  37. aslm tuan sy lepasan ijazah undang2 saya berminat untuk menyertai atm... boleh tuan beri pencerahan Skop kerja bagaimana yg ditawarkn utk lepasan ijazah undang2 terima kasih

    BalasPadam
  38. Salam adi. Sy merupakan graduan ijazah pengurusan sukan yg telah tamat pengajian, tetapi masih belum berkonvo (belum terima ijazah). Baru2 ini sy memohon jawatan pgawai graduan di web JOMMASUKTENTERA dan permohonan sy berjaya. Sy dipggil utk hadiri temuduga dn pmilihan pd bulan Nov 2016 ni. soalan sy adakah sy layak pergi pemilihan sdgkan sy belum terima ijazah. Dn adakah calon berkaca mata (power bwh 100) layak menyertai pegawai graduan. Penerangan saudara adi sy dahului ucapan terima kasih

    BalasPadam
  39. Salam adi. Sy merupakan graduan ijazah pengurusan sukan yg telah tamat pengajian, tetapi masih belum berkonvo (belum terima ijazah). Baru2 ini sy memohon jawatan pgawai graduan di web JOMMASUKTENTERA dan permohonan sy berjaya. Sy dipggil utk hadiri temuduga dn pmilihan pd bulan Nov 2016 ni. soalan sy adakah sy layak pergi pemilihan sdgkan sy belum terima ijazah. Dn adakah calon berkaca mata (power bwh 100) layak menyertai pegawai graduan. Penerangan saudara adi sy dahului ucapan terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba je bro.. Mana tahu rezeki kita, btw dpt kem mana? Sp, kuantan, sg udang?

      Padam
    2. Sg udang. 17 Nov. Igt nk cuba gak tp sbb ad persoalan yg bermain ni jd ragu2 skt. Bro mat know fahmi dpt jugak ke? Kt mana

      Padam
    3. Salam bro matt know fahmi.. sy pon sma dpt Sg udang jgk

      Padam
    4. Ok bro zul.. Xlama dah tu, jmpa kat melaka ye

      Padam
  40. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  41. Salam boleh tak lepasan asasi uitm tahun ni mohon jawatan pegawai kadet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Pegawai Kadet Graduan hanya untuk lulusan Degree sahaja. Anda perlu tamatkan pengajian degree sebelum layak memohon.

      Padam