Selasa, 25 April 2017

MAHU MENJADI JURUTERBANG TUDM?

Sumber Gambar: UTUSAN MALAYSIA
JURUTERBANG merupakan antara profesion yang menjadi pilihan utama di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).  Apabila menjadi seorang Juruterbang, ia sebenarnya membezakan anda daripada Pegawai-pegawai dari lain-lain Tred.  

Ini kerana, apabila anda menjadi seorang Juruterbang, selain mendapat gaji bulanan, anda akan menerima elaun bulanan tambahan iaitu Elaun Penerbangan.  Elaun Penerbangan ini dibayar mengikut pangkat dengan Purata antara RM1500 - RM5000.

Bagaimana Untuk Menjadi Juruterbang?
Dasar Terkini bermula pada tahun 2013 lalu, pengambilan Juruterbang TUDM hanya dalam kalangan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sahaja.  Setelah tamat pengajian di UPNM dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TUDM, calon akan memulakan Latihan Asas Penerbangan di Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1), KTU Alor Setar.

Anda pelajar sekolah menengah dan berminat untuk menjadi Juruterbang TUDM? Rancang perjalanan anda untuk merealisasikan cita-cita anda.  Dapatkan Buku KERJAYA TUDM sekarang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan