Sunday, 23 April 2017

MENGAPA SAYA MENULIS BUKU "KERJAYA TUDM"?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai yang bertanya, mengapa saya menulis Buku KERJAYA TUDM sedangkan saya bukan warga TUDM.  Nama saya Muhammad Suhaidi Suhaimee.  Sejak kecil saya begitu berminat untuk menjadi seorang Juruterbang Helikopter TUDM.

Semasa tingkatan empat, saya mengambil aliran Sains Tulen dengan harapan dapat merealisasikan cita-cita saya. Tetapi fokus ke arah merealisasikan cita-cita saya tersekat kerana ketiadaan maklumat yang tepat dan padat mengenai langkah-langkah untuk menjadi seorang Juruterbang TUDM.

Saya menyambung pengajian peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) dengan harapan dapat menyertai Pegawai Kadet UPNM bagi lepasan Diploma.

Namun, sayangnya apabila saya tamat belajar peringkat Diploma pada tahun 2013, dasar pengambilan Pegawai Kadet UPNM telah diubah.  Tiada lagi pengambilan Pegawai Kadet daripada lepasan Diploma.  Pengambilan Pegawai Kadet UPNM mengikut Dasar TERKINI ialah dalam kalangan lepasan SPM sahaja.


Semasa di sekolah menengah, saya pernah bertanya Kaunselor mengenai langkah-langkah menjadi seorang Juruterbang, tetapi sedihnya jawapan beliau hanya bersifat umu dan tidak spesifik.  Saya menulis buku ini dengan harapan para pelajar yang berminat untuk menyertai TUDM samada sebagai Pegawai atau Anggota LLP mendapat maklumat awal yang tepat bagi merintis jalan ke arah merealisasikan cita-cita mereka.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi saya melalui WhatApps di talian 0195771353 atau KLIK pada gambar KULIT BUKU di bahagian atas blog untuk terus menghubungi saya tanpa perlu anda "SAVE" nombor saya (direct link WhatApps).

Salam Kejayaan!

No comments:

Post a Comment