Selasa, 25 April 2017

JURUSENSOR SENJATA - BUKAN JURUTERBANG TETAPI PERLU "TERBANG"

Juruterbang dan Jurusensor Senjata (WSO) pesawat Pejuang MRCA Sukhoi Su-30 MKM TUDM.              Sumber Gambar: http://www.malaysianwings.com
JURUSENSOR SENJATA atau "Weapon System Officer" (WSO) merupakan Pegawai TUDM yang akan terbang bersama Juruterbang pesawat tempur TUDM di dalam setiap misi penerbangan. WSO tidak mempunyai kemahiran menerbangkan pesawat.

Beliau merupakan Pegawai Persenjataan yang akan menguruskan sistem persenjataan pesawat termasuk mengawasi sistem radar dan sebarang bentuk ancaman terhadap pesawat semasa berada atau terbang di dalam kawasan musuh.  Ancaman tersebut samada daripada sistem meriam penangkis pesawat, pesawat musuh atau peluru berpandu Permukaan ke Udara.

WSO SEMASA OPS. DAULAT

Semasa Operasi Daulat menentang pencerobohan Pengganas Sulu di Sabah pada tahun 2013 lalu, beberapa WSO TUDM telah mendapat pengalaman baru dari aspek serangan terhadap musuh di daratan.  Walaupun Bom LGB Paveway II tersebut dilepaskan oleh Juruterbang, namun di sebalik kejayaan tersebut ialah atas keputusan WSO untuk membuat keputusan untuk melepaskan Bom pada masa dan kedudukan yang sesuai.

KURANG PUBLISITI

Apa yang pasti, WSO kurang diberikan publisiti khususnya kepada para pelajar sekolah dari aspek penugasan dan peranan mereka.  Tidak seperti Juruterbang, WSO tidak mempunyai kemahiran untuk menerbangkan pesawat.

Dalam konteks TUDM, konsep Juruterbang dan WSO ini dipraktikkan oleh No. 11 Skuadron (Sukhoi Su-30 MKM) dan No. 18 Skuadron (Boeing F/A-D Hornet).  Umum mengetahui bahawa kedua-dua model pesawat ini mempunyai dua tempat duduk.  Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa pegawai di belakang kokpit Juruterbang merupakan Pegawai Persenjataan atau WSO.

Dengan adanya WSO, maka Juruterbang hanya perlu fokus terhadap penerbangan pesawat dan melakukan serangan Udara ke Udara.  Sistem persenjataan lain dan sistem sensor serta pengawalan radar akan diambil alih oleh WSO di kokpit belakang.

# Buku KERJAYA TUDM
019-5771353

Salam Kejayaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan