Isnin, 24 April 2017

LT. MUDA NUR ANTASHA ZULKARNAIN TUDM - PEGAWAI KADET TERBAIK UPNM 2017

Sumber Gambar: Instagram TUDM

Leftenan Muda Nur Antasha Zulkarnain TUDM mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertamanya memecah tembok dominasi lelaki apabila terpilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik TUDM di UPNM.  Beliau dianugerahkan Piala Sri Angkasa semasa istiadat Perbarisan dan Pentauliahan Diraja serta Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet UPNM dan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017.

Dilahirkan pada 3 Januari 1993, gadis berusia 24 tahun ini mula menyertai UPNM pada tahun 2011 melalui prgram Asasi Kejuruteraan sebelum meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraa Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) bermula tahun 2012 hingga 2016.

Ketika di UPNM, Antasha merupakan Pegawai Kadet yang aktif dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Sepanjang 8 semester pengajian di UPNM, beliau telah memperoleh Anugerah Dekan sebanyak enam (6) kali. Pencapaian tersebut melayakkan beliau untuk merangkul Anugerah Pingat Emas Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen UPNM.

Beliau kini sedang mengikuti Latihan Asas Penerbangan di Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1) Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar bagi menjadi seorang Juruterbang TUDM.  Tahniah Lt. Muda Nur Antasha!

Anda ingin menjadi seperti beliau?  Ingin memasuki UPNM sebagai Pegawai Kadet tetapi tidak tahu prosesnya?  Dapatkan Buku KERJAYA TUDM sekarang!

Hubungi saya di talian 0195771353 atau KLIK pada gambar KULIT BUKU untuk menghubungi saya secara terus melalui WhatApps tanpa perlu "SAVE" nombor saya.

Salam Kejayaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan