Pengambilan Pegawai Graduan ATM
2014/2015
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada anda yang mengikuti atau tersesat ke blog PenaPertahanan.Blogspot.Com. Di dalam entri ringkas ini, saya ingin
membincangkan mengenai Pengambilan Skim Pegawai Graduan bagi ketiga-tiga cabang
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Untuk
pengetahuan anda, perjawatan Pegawai Bertauliah di dalam perkhidmatan ATM pada
hari ini diisi oleh Pegawai Kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM). Namun, bagi anda yang berminat
untuk menjadi salah seorang Pegawai di dalam perkhidmatan ATM, anda mempunyai
saluran alternatif iaitu melalui Skim Pegawai Graduan.
Apa itu Skim Pegawai Graduan??
Skim
Pegawai Graduan merupakan kaedah
pengambilan Pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut
dan Udara dalam kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti
tempatan dalam dan luar negara.
Pengurniaan watikah tauliah kepada salah seorang Pegawai Graduan TUDM yang disampaikan oleh YBhg. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Foto kredit: airforce.gov.my
Kebanyakan
disiplin atau bidang pengajian yang diperlukan merupakan antara bidang yang
tidak ditawarkan di UPNM. Namun, pada
sesi pengambilan Pegawai Graduan 2015, terdapat banyak bidang yang ditawarkan
di dalam perkhidmatan TUDM. Disiplin
yang diperlukan juga sentiasa berubah setiap tahun bagi memenuhi keperluan
semasa. Sekian
sedikit info ringkas mengenai Skim Pegawai Graduan ATM.
As'salam, Encik.. saya nk tnye.. saya lepasan diploma.. selain upnm, kemasukkan mane yg ada kaitan dengan tentera.. kerana saya berminat untuk masuk dlm perkhidmatan tentera nie..
BalasPadamWsalam. Untuk diploma, anda boleh memohon sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat - LLP). Untuk pegawai, perlu memiliki minima Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang2 yang diperlukan. Bidang-bidang ini pula akan berubah dari masa ke semasa bagi memenuhi kekosongan. T/kasih.
BalasPadamKalau yang kolej tentera darat tu ada lagi ke kolej tu?? mcm k-force tu untuk orang awam ke??
BalasPadamKolej Tentera Darat merupakan pusat latihan bagi Pegawai Graduan TD sebelum ditauliahkan. Jika Pegawai Graduan TUDM, mereka akan menjalani latihan asas pegawai di Pusat Latihan Pegawai di Kolej Tentera Udara Alor Setar sebelum ditauliahkan.
BalasPadamK-Force jika tidak salah, hanya untuk warga ATM sahaja yang berminat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sekian setakat apa yang saya ketahui.
salam tuan,
BalasPadamada pengambilan lg x utk peg graduan ni..?
sgt berminat.tq.
Salam Tuan,
BalasPadamklau graduate dari university lain boleh tak minta masuk kolej tentera udara dan seterusnya.. utk menjadi pilot TUDM
Salam.
BalasPadamSaudara Amir Man
Pengambilan untuk skim graduan ini hanya dibuat setahun sekali mengikut keperluan. Mungkin saudara boleh memohon pada tahun hadapan.
Saudara Pencinta Pendekar melayu,
Boleh untuk saudara memohon. Tetapi bidang yang diperlukan untuk TUDM terhad kerana kekosongan tersebut diisi oleh Pegawai kadet dari UPNM. Untuk pengetahuan saudara juga, bidang-bidang yang diperlukan juga akan berubah dari tahun ke tahun mengikut keperluan dan kekosongan semasa.
Untuk menjadi juruterbang, saya tidak pasti smada pada masa hadapan akan diambil dari kalangan pegawai graduan. Buat masa ini, calon juruterbang diambil dalam kalangan Pegawai kadet UPNM.
Terima kasih.
Salam Tuan, Saya amat berminat dengan kerjaya sebagai anggota tentera dan saya juga ada memasuki tentera simpanan darat sewaktu saya belajar di universiti, in sha Allah saya bakal bergraduasi pada bulan november 2014 ini,tapi apa yg sya perhatikan kursus sarjana muda yang saya ambil ini tidak tersenarai dlm jurusan yg dperlukan, jadi persoalannya adakah saya layak utk menjadi pegawai graduan?
BalasPadamSalam saudara Matt Know Fahmi. Apakah bidang pengajian anda sekarang? Mungkin pada masa hadapan, bidang pengajian anda tersenarai antara bidang yang diperlukan. Bidang2 ini sentiasa berubah dari tahun ke tahun. Sekiranya bidang pengajian anda tiada di dalam senarai yang diperlukan, maka anda tidak layak. Sekiranya ada di dalam senarai yang diperlukan, anda boleh memohon. Terima kasih.
BalasPadamP/S: Saya sedang menyiapkan buku bertajuk "Kerjaya Tentera Udara Diraja Malaysia". Buku ini dijangka akan diterbitkan selewat-lewatnya bulan Julai 2014 nanti.
salam Tuan, sy graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dgn Kepujian. Adakah bidang pengajian sy tersenarai antara bidang yang diperlukan dalam Pengambilan untuk skim graduan ATM 2014?
BalasPadamTerima Kaish
salam Tuan, saya graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang Undang dengan Kepujian, dan saya juga baru sahaja ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis (SUKSIS) di IPTA baru baru ini. persoalan saya, adakah saya mempunyai peluang untuk apply utk jawatan pegawai di dalam TUDM atau mmg jawatan ini hanya disediakan untuk pegawai kadet lepasan UPNM?
BalasPadamSalam..apakah perjawatan bagi kemasukan diploma Dan bagaimanakah untk sambung belajar di dlm perkhidmatan..sekian
BalasPadamSalam.. sya ad melihat untk skim graduan ni bhawa untk sains sukan hnya diperlukan dlam atm shaja.. tetapi sya ingin menyertai tldm dan ijazah sains sukan x diperlukan.. jd adkah bila sya apply , sya akn diterima ?? Sekian
BalasPadamSalam. Terima kasih atas pertanyaan anda. Insya-Allah, saya akan cuba memberikan jawapan yang tepat. Maaf terlambat reply. Sibuk dengan kerja.
BalasPadamSaudara Idham Razak,
Bidang Pengajian Saudara tersenarai di dalam bidang yang diperlukan bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi pengambilan 2014/2015. Namun, bidang-bidang yang diperlukan ini akan sentiasa berubah setiap tahun mengikut perjawatan yang diperlukan.
Saudara Mohd Saifullah Zolkifly
Anda berpeluang untuk memohon, asalkan anda mempunyai kelulusan minima Ijazah sarjana Muda di dalam bidang-bidang yang disenaraikan di dalam iklan pengambilan Skim Pegawai Graduan.
Perlu anda fahami bahawa pada hari ini, terdapat dua kaedah pengambilan Pegawai bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM – Darat, Laut dan Udara iaitu melalui Skim Pegawai Kadet UPNM (Lepasan SPM – Perlu mengikuti pengajian di peringkat Asasi seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPNM) dan Skim Pegawai Graduan (Lepasan IPTA/IPTS).
Secara teorinya, kelulusan akademik Pegawai Kadet UPNM dan Pegawai Graduan adalah sama iaitu Ijazah Sarjana Muda. Namun, Pegawai Graduan dipilih dari kalangan graduan dari universiti luar – UTM, UiTM, UPM, UUM dan lain-lain.
Saudara Mohd Akmal
Saya andaikan saudara Akmal bertanya mengenai kemasukan TUDM. Sehingga tahun 2010, graduan diploma masih diambil sebagai Pegawai Graduan TUDM. Namun, selaras penstrukturan semula sistem gaji dan pangkat ATM, lulusan Diploma hanya layak memohon sebagai anggota lain-lain pangkat (LLP).
Namun, lulusan Diploma menikmati tangga gaji lebih tinggi daripada lulusan SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
TETAPI, pengambilan lulusan Diploma untuk perkhidmatan TUDM hanya terhad untuk lulusan DIPLOMA KEJURUTERAAN SAHAJA. Ia termasuk Diploma Kejuruteraan Elektrik/Elektronik/Mekatronik/Mekanikal.
Bidang KEJURUTERAAN AWAM TIDAK diterima kerana ia tidak berkaitan di dalam perkhidmatan TUDM. Sekian.
Saudara Hapiz Bomba
Setiap perkhidmatan ATM – Darat, Laut dan Udara mempunyai kuota dan perjawatan bagi pengambilan Pegawainya mengikut bidang-bidang yang diperlukan khususnya bidang-bidang pengajian yang tidak ditawarkan di UPNM seperti Sains Sukan, Katering, Perhubungan Awam, Kaunseling dan beberapa lagi.
Oleh itu, sekiranya anda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan berminat menyertai TLDM, namun bidang pengajian anda hanya diperlukan di dalam perkhidmatan TUDM, anda hanya boleh memohon menyertai TUDM.
Seandainya anda memohon sebagai Pegawai Graduan TLDM, sedangkan bidang pengajian anda tidak ditawarkan di dalam iklan pengambilan, maka peratusan anda untuk dipanggil menyertai sesi temuduga adalah tipis. Sekian.
P/S: Kalau boleh, jangan panggil saya dengan gelaran Tuan. Saya sebaya atau mungkin lebih muda daripada anda (24 tahun). Panggil saja Adi
Salam..jika wanita berminat menyertai pegawai graduan tdm, adakah dia akan diambil jika dia telah berkahwin dan pada ketika itu dia sedang hamil sebagai contoh. Dan berapa lama latihah di kolej tentera darat tu?mohon detailkan jwpn.terima ksh
BalasPadamSalam. Saudari Nadia.
BalasPadamCalon Pegawai Graduan bagi wanita hanya diambil dari kalangan wanita bujang dan tidak pernah berkahwin. Jika telah atau pernah berkahwin dan hamil, maka tiada lagi peluang. Latihan pula biasanya selama enam (6) bulan di Kolej Tentera Darat (KTD). Terima kasih
saya lahir bln 8 1988.seandainya iklan pengambilan keluar hujung tahun ini atau awl tahu depn, adakah saya masih layak memohon atau sudah melebihi umur 27tahun? memag 6bulan ke latihan dia?saya difahamkan 9bulan. dan seandainye sudah berkahwin tapi tidak hamil, memang tiada juga ye peluang?mohon pencerahan
BalasPadamAssalamualaikum.. Pengambilan skim graduan ni tahun 2015 bila ya tuan? Saya berminat untuk join TLDM ni.. Terima kasih.
BalasPadamassalamualaikum.. saya baru habis belajr dan tidak konvo lagi, bolehkah saya menyertai skim pengambilan kerana tidak konvo lgi?dan bilakah penhambilan baru dibuat untuk tahun ini 2015?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam tuan pengambilan pegawai graduan untuk 2016 sudah dibuka namun had umur hanya pada 25tahun sahaja, apa yang saya perhatikan pada pengambilan 2015 had umur adalah sehingga 27tahun, mengapakah perkara seperti ini berlaku?
BalasPadamsalam ... pbt(lelaki) dr unit komando telah mendapat surat sambung belajar di upnm sbg leftenan muda tp surat tersebut sampai selepas dia dilucutkan dr unit komando dan senarai maklumat yg dimajukan adalah maklumat dia ketika dlm komando , adakah dia masih perlu sambung belajar di upnm atau surat tersebut terbatal serta-merta ?
BalasPadamsalam tuan,
BalasPadamsy lepasan ijazah upsi jurusan psikologi sukan. sy sangat berminat utk menjadi pegawai atm. sy ada lihat antara jurusan yg layak utk memohon dalam tentera darat adalah jurusan SAINS SUKAN. Adakah jurusan sy PSIKOLOGI SUKAN ini layak utk memohon?
assalam tuan..
BalasPadamsaya merupakan graduan kejuruteraan mekanikal. sekarang sy berusia 27 tahun. untuk pengetahuan tuan, sy pernah memohon memasuki ATM melalu jommasuktentera. amat mendukacitakan, saya tidak layak kerana melebihi had umur.
apa yang membuatkan sy terkejut, baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya di ijazah telah pun menamatkan latihan sebagai pegawai tudm. beliau sebaya dengan sy dan beliau juga memohon melalui saluran yang saya guna.
kalau diikutkan kelayakan umur sewaktu memohon, kalau sy tidak layak. mengapa kawan sy layak? kalau diikutkan kelayakan pelajaran, km graduan kejuruteraan mekanikal da sy memiliki kelebihan dari segi pointer yang lebih tinggi berbanding kawan saya.
Boleh tuan jelaskan sedikit mengenai hal ini jika tuan tak keberatan. jiwa saya untuk memasuki angkata tentera amat tinggi.
jikalau ini rezeki da takdir saya faham. tp sy perlukan penjelesan. terima kasih
Assalamualaikum tuan. Saya berkelulusan diploma bisnes study. Dan saya telah menerima email daripada jommasuktentera mengatakan permohonan saya telah berjaya untuk menjadi pegawai kadet graduan dan perlu menghadiri temuduga . Apa yang memusykilkan saya adalah saya hanya mempunyai diploma dan dipanggil untuk ditemuduga. Bukan kah sekarang telah diselaraskan bahawa pegawai kadet graduan hanya untuk lepasan ijazah?? Mohon pencerahan daripada pihak tuan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padambolehkah anggota tentera LLP yang mempunyai diploma untuk sambung belajar ke peringkat ijazah utk menjadi pegawai skian trima kasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum..bulan brape ye selalunye intake skim pegawai graduan ni? Saya berminat nak masuk ATM
BalasPadamAssalamualaikum tuan ..sy daripada IPTS dan mengambil sarjana muda dalam jurusan penyediaan makanan(culinary art)..saya sangat berminat untuk menyertai pegawai kadet..adakah saya berkelayakan?? Mohon pencerahan tuan.terima kasih
BalasPadamslm tuan.sye ditawarkan menjadi pegawai kadet upnm .namun,saya menolak dan berhasrat ingin menghabiskan degree[kejuruteraan elektrikal]sebagai pelajar awam kemudian ingin memohon skim kadet graduan setelah tamat belajar. persoalannya,adakah saya layak untuk memohon go kerana saya pelajar dari upnm,? adakah go hanya mengambil graduan dari ipta luar sahaja?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsaya adalah pelajar awam di UPNM tapi bole tak klau sy mohon masuk ke pegawai sskim graduan ini utk ditauliahkn mnjadi pegawai tentera ?
BalasPadamAssalamualaikum tuan, saya pemegang diploma dan telah mewakili negara dalam bidang sukan. Saya ada terbaca pada syarat-syarat kemasukan bahawa atlet yg mewakili negeri dan negara akan diberi keutamaan dan Saya amat berminat sekali untuk berkhidmat dgan atm. Adakah saya boleh memohon sebagai pegawai kadet graduan ?? Tq
BalasPadamAssalamualaikum Tuan,sya shah dri johor,sya memang berazam ingin menjadi seorang Tentera..Tpi sya skrg keliru untuk mohon tentra apa yg sesuai dgn pembelajarn sya,Sya alepasan Diploma Teknologi kejuruteraan Kimpalan..boleh kah tuan berikan sya pendapat sama ada sya ingin memohon atm,tdm,tudm,tldm.
BalasPadamAssalamualaikum Tuan,sya shah dri johor,sya memang berazam ingin menjadi seorang Tentera..Tpi sya skrg keliru untuk mohon tentra apa yg sesuai dgn pembelajarn sya,Sya alepasan Diploma Teknologi kejuruteraan Kimpalan..boleh kah tuan berikan sya pendapat sama ada sya ingin memohon atm,tdm,tudm,tldm.
BalasPadamaslm tuan sy lepasan ijazah undang2 saya berminat untuk menyertai atm... boleh tuan beri pencerahan Skop kerja bagaimana yg ditawarkn utk lepasan ijazah undang2 terima kasih
BalasPadamaslm tuan sy lepasan ijazah undang2 saya berminat untuk menyertai atm... boleh tuan beri pencerahan Skop kerja bagaimana yg ditawarkn utk lepasan ijazah undang2 terima kasih
BalasPadamSalam adi. Sy merupakan graduan ijazah pengurusan sukan yg telah tamat pengajian, tetapi masih belum berkonvo (belum terima ijazah). Baru2 ini sy memohon jawatan pgawai graduan di web JOMMASUKTENTERA dan permohonan sy berjaya. Sy dipggil utk hadiri temuduga dn pmilihan pd bulan Nov 2016 ni. soalan sy adakah sy layak pergi pemilihan sdgkan sy belum terima ijazah. Dn adakah calon berkaca mata (power bwh 100) layak menyertai pegawai graduan. Penerangan saudara adi sy dahului ucapan terima kasih
BalasPadamSalam adi. Sy merupakan graduan ijazah pengurusan sukan yg telah tamat pengajian, tetapi masih belum berkonvo (belum terima ijazah). Baru2 ini sy memohon jawatan pgawai graduan di web JOMMASUKTENTERA dan permohonan sy berjaya. Sy dipggil utk hadiri temuduga dn pmilihan pd bulan Nov 2016 ni. soalan sy adakah sy layak pergi pemilihan sdgkan sy belum terima ijazah. Dn adakah calon berkaca mata (power bwh 100) layak menyertai pegawai graduan. Penerangan saudara adi sy dahului ucapan terima kasih
BalasPadamCuba je bro.. Mana tahu rezeki kita, btw dpt kem mana? Sp, kuantan, sg udang?
PadamSg udang. 17 Nov. Igt nk cuba gak tp sbb ad persoalan yg bermain ni jd ragu2 skt. Bro mat know fahmi dpt jugak ke? Kt mana
PadamSalam bro matt know fahmi.. sy pon sma dpt Sg udang jgk
PadamOk bro zul.. Xlama dah tu, jmpa kat melaka ye
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSalam boleh tak lepasan asasi uitm tahun ni mohon jawatan pegawai kadet
BalasPadamWsalam. Pegawai Kadet Graduan hanya untuk lulusan Degree sahaja. Anda perlu tamatkan pengajian degree sebelum layak memohon.
Padam