“Welcome” Airbus A-400M TUDM
Pesawat Airbus A400M TUDM membuat penampilan pertama kepada umum semasa LIMA 2015 pada bulan Mac lalu.
Rakyat
Malaysia kebanyakan sudah mengetahui bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) telah menerima sebuah daripada empat unit pesawat angkut gergasi
taktikal Airbus A400-M. Dan buat julung kalinya,
pesawat ini dipamerkan semasa “Langkawi International Maritime and Aerospace” (LIMA) 2015
yang lalu.
Empat
(4) unit pesawat ini akan membentuk sebuah skuadron baru di dalam keluarga pesawat
angkut TUDM iaitu No. 22 Skuadron yang berpangkalan
di Subang. Sejarah perolehan pesawat ini
bermula pada tahun 2005 semasa pameran LIMA 05.
Ketika itu, pesawat ini masih di peringkat konsep dan Malaysia merupakan
antara negara awal yang menyumbang pelaburan di dalam proses pembangunan pesawat
angkut taktikal ini.
Pesawat pertama Airbus A400M "dimandikan" setelah tiba di Pangkalan Udara Subang. Foto kredit: airforce.gov.my
Untuk
rekod, pesawat penangki KC-130T Hercules TUDM pada hari ini tidak mampu untuk
menjadi pesawat penangki kepada pesawat tempur Sukhoi Su-30 MKM berikutan Cruise Speed pesawat KC-130T Hercules hampir menyamai Stall Speed pesawat Sukhoi.
Dan ia merupakan sesuatu yang berisiko tinggi apabila pesawat Sukhoi
terpaksa terbang pada kelajuan Stall Speed dan ia
mungkin akan kehilangan kuasa dan daya terbang.
Oleh
itu, Airbus A-400M merupakan pesawat yang tepat bagi menyokong gerakan pesawat
Sukhoi dari aspek pengisian bahan bakar di udara bagi memanjangkan tempoh
operasi pesawat ketika konflik atau latihan.
Screenshoot foto dari FB majalah PERAJURIT mengenai operasi helikopter EC-725AP dari No. 5 Skuadron yang menyertai operasi SAR di aras tinggi di Gunung Kinabalu.
Diharapkan
agar kehadiran pesawat ini akan membawa banyak manfaat kepada TUDM, negara dan
juga rakyat sepertimana yang dibuktikan helikopter Eurocopter EC-725 AP
sebagai aset logistik udara yang membantu mangsa banjir di Kelantan (dari No.
10 Skuadron, Kuantan) dan terkini helikopter ini (dari No. 5 Skuadron, Labuan) turut
membantu melaksanakan proses evakuasi
pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap akibat gempa bumi yang melanda Sabah
baru-baru ini. Go Air Force Go!