Khamis, 9 Ogos 2012

Tapak Kaki 'Flat Foot'

Pemilik Tapak Kaki Flat Foot

Kenapa Tidak Diterima Oleh ATM?

Bila terjumpa seorang kenalan, Man dua hari lepas, tiba-tiba ja teringat perbualan saya dengan dia lebih kurang enam bulan lalu. Dia pernah mencuba nasib di pemilihan awal Perajurit Muda TUDM di SMK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah pada 18hb Februari 2012 lalu.

Flat Foot? Menatang apa Flat Foot ni? Jom baca! 
Ni sedutan perbualan aku ngan dia (lebih kurang macam ni la dalam dialek Kedah).

Sahabat pembaca, kenapa pemilik tapak kaki rata atau flat foot ini tidak diterima menyertai TUDM ya?




Ni jawapan PST ni, hehehe.
Pernahkah antara anda yang pernah mengalami mengalami situasi dan pengalaman seperti mana Man, sahabat saya ini? Mungkin anda tertanya-tanya kenapa, mengapa, why, because of what pemilik tapak kaki rata atau flat foot ini tidak diterima menyertai TUDM dan ATM amnya serta mana-mana pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebagainya?

Ada yang bertanya, kaki pun nak ambik kisah jugak ke? Penting ke jenis-jenis tapak kaki ni sampai perlu diperiksa semasa temu duga perajurit muda (rekrut) atau pegawai kadet?

Sahabat pembaca, berdasarkan PENGETAHUAN + PEMBACAAN, apa yang saya ketahui:-

PEMILIK TAPAK KAKI RATA / FLAT FOOT INI DIKATAKAN TIDAK DAPAT BERDIRI DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA.

Jawapan ini sudah pastinya dapat merungkai persoalan, menjawab pertanyaan mereka yang tidak diterima menyertai sebarang pasukan beruniform. Kenapa tak boleh? Pasukan beruniform terutamanya ATM perlukan latihan kawad dan pastinya perlukan anggota yang mampu berdiriri lama (penerangan aku secara ringkas – faham tak? Hehehehe). Kepada anda yang berminat untuk menyertai mana-mana pasukan beruniform, andainya anda mempunyai tapak kaki sebegini, sememangnya tidak layak untuk memohon.

Untuk lebih kepastian, anda boleh merujuk kepada mereka yang berkenaan. Lebih mudah kalau anda mempunyai saudara mara yang sedang berkhidmat di dalam mana-mana cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sama ada TDM, TLDM mahupun TUDM. Cuba tanyakan apa pendapat mereka.

Sekian untuk entri kali ini.
Assalamualaikum..

Untuk lebih maklumat tentang 'Flat Foot' klik link berikut:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan