Melawat Muzium TUDM
16
Januari 2013, saya berkesempatan melawat Muzium TUDM di Pangkalan Udara Kuala
Lumpur. Lokasinya mudah dicari. Bagi
pelancong, terdapat akses pengangkutan awam yang terbaik untuk sampai ke Muzium
ini.
Muzium TUDM dari Perspektif Peribadi
Ketika
kunjungan saya ke Muzium TUDM, terdapat sebuah lagi keluarga berbangsa Cina
yang turut sama melawat Muzium ini. Tapi
sayangnya, tiada kelibat seorang pun krew muzium yang boleh memberikan
serba-sedikit maklumat atau penerangan kepada mereka. Waktu ketika itu sudah jam 2
petang.
Alangkah
bagus kalau ada krew muzium yang dapat memberikan penerangan kepada kami mengenai
pesawat-pesawat di dalam kawasan muzium ni.
Saya meluangkan masa hampir dua jam di Muzium ini. Kedai cenderahati di dalam Muzium TUDM ini
pula tidak dibuka. Terkilan juga sebab
tak dapat beli cenderamata untuk kenangan.
Keadaan
pesawat? Kebanyakan pesawat kelihatan
tidak terjaga. Maklumlah berjemur panas,
bermandi hujan di tengah-tengah padang.
Tentang keadaan pesawat, tak boleh komen banyak. Kalau nak bina hangar untuk tempatkan semua
pesawat-pesawat ni, RM mungkin alasannya. “No money, no talk”!
Semangat
dan perasaan “exited” saya untuk melawat Muzium TUDM tiba-tiba hilang bila
sampai di sana. Umpama kata pepatah, “indah khabar dari rupa”. Namun, saya tetap berbangga dapat melawat
Muzium TUDM ni.
Diharapkan di
masa-masa hadapan, Muzium TUDM akan menyediakan perkhidmatan yang lebih
baik. Bukan kesempurnaan yang dicari,
tetapi sekurang-kurangnya pengunjung yang datang dirai dan dihargai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan