Ahad, 23 April 2017

KUATERMASTER UDARA - UNTUK ANGGOTA LLP YANG INGIN TERBANG DI ANGKASA

Sumber Gambar: www.pacaf.af.mil
KUATERMASTER UDARA atau ringkasnya KU terdiri daripada anggota LLP berpangkat sarjan Udara hingga Pegawai Waran 1. KU akan terlibat di dalam setiap misi penerbangan helikopter dan pesawat angkut TUDM. Antara peranan KU ialah membantu Juruterbang sebagai anak kapal menyelia muatan dan barangan yang dibawa selain penumpang.

KU juga akan bertindak sebagai operator bagi tugas-tugas menurunkan muatan melalui proses Winching menggunakan Winch yang terdapat pada helikopter. Bagaimana untuk menjadi salah seorang Kutermaster Udara pesawat TUDM?

Dapatkan Buku KERJAYA TUDM sekarang!
  
KUATERMASTER UDARA TENTERA DARAT DAN LAUT

Untuk info, kerjaya sebagai Kuatermaster Udara (KU) turut melibatkan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan juga Cawangan Udara TLDM.  Pemilihan sebagai KU bagi PUTD, Cawangan Udara TLDM dan TUDM akan melalui beberapa fasa dan ujian pemilihan.

Dari aspek fizikal, bakal-bakal KU akan menjalani dan LULUS ujian kesihatan penerbangan sebagai Anak Kapal pesawat.  Ujian yang dilakukan seakan-akan sama ujian pengambilan Juruterbang seperti Ujian Penglihatan, Pendengaran dan Fizikal.

Bagi calon-calon KU, mereka akan menjalani Latihan Asas KU di PULATIBANG 2, Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebelum mengikuti Latihan Lanjutan dan Peralihan di unit masing-masing samada TUDM, PUTD atau Cawangan Udara TLDM.
KU Cawangan Udara TLDM yang dirakam semasa Hari Terbuka Armada TLDM pada 30 April 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan