Juruterbang dan Jurusensor Senjata (WSO) pesawat Pejuang MRCA Sukhoi Su-30 MKM TUDM. Sumber Gambar: http://www.malaysianwings.com |
WSO SEMASA OPS. DAULAT
Semasa Operasi Daulat menentang pencerobohan Pengganas Sulu di Sabah pada tahun 2013 lalu, beberapa WSO TUDM telah mendapat pengalaman baru dari aspek serangan terhadap musuh di daratan. Walaupun Bom LGB Paveway II tersebut dilepaskan oleh Juruterbang, namun di sebalik kejayaan tersebut ialah atas keputusan WSO untuk membuat keputusan untuk melepaskan Bom pada masa dan kedudukan yang sesuai.
KURANG PUBLISITI
Apa yang pasti, WSO kurang diberikan publisiti khususnya kepada para pelajar sekolah dari aspek penugasan dan peranan mereka. Tidak seperti Juruterbang, WSO tidak mempunyai kemahiran untuk menerbangkan pesawat.
Dalam konteks TUDM, konsep Juruterbang dan WSO ini dipraktikkan oleh No. 11 Skuadron (Sukhoi Su-30 MKM) dan No. 18 Skuadron (Boeing F/A-D Hornet). Umum mengetahui bahawa kedua-dua model pesawat ini mempunyai dua tempat duduk. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa pegawai di
belakang kokpit Juruterbang merupakan Pegawai Persenjataan atau WSO.
Dengan adanya WSO, maka Juruterbang hanya perlu fokus terhadap penerbangan pesawat dan melakukan serangan Udara ke Udara. Sistem persenjataan lain dan sistem sensor serta pengawalan radar akan diambil alih oleh WSO
di kokpit belakang.
# Buku KERJAYA TUDM
019-5771353
Salam Kejayaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan