Ahad, 23 April 2017

KUATERMASTER UDARA - UNTUK ANGGOTA LLP YANG INGIN TERBANG DI ANGKASA

Sumber Gambar: www.pacaf.af.mil
KUATERMASTER UDARA atau ringkasnya KU terdiri daripada anggota LLP berpangkat sarjan Udara hingga Pegawai Waran 1. KU akan terlibat di dalam setiap misi penerbangan helikopter dan pesawat angkut TUDM. Antara peranan KU ialah membantu Juruterbang sebagai anak kapal menyelia muatan dan barangan yang dibawa selain penumpang.

KU juga akan bertindak sebagai operator bagi tugas-tugas menurunkan muatan melalui proses Winching menggunakan Winch yang terdapat pada helikopter. Bagaimana untuk menjadi salah seorang Kutermaster Udara pesawat TUDM?

Dapatkan Buku KERJAYA TUDM sekarang!
  
KUATERMASTER UDARA TENTERA DARAT DAN LAUT

Untuk info, kerjaya sebagai Kuatermaster Udara (KU) turut melibatkan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan juga Cawangan Udara TLDM.  Pemilihan sebagai KU bagi PUTD, Cawangan Udara TLDM dan TUDM akan melalui beberapa fasa dan ujian pemilihan.

Dari aspek fizikal, bakal-bakal KU akan menjalani dan LULUS ujian kesihatan penerbangan sebagai Anak Kapal pesawat.  Ujian yang dilakukan seakan-akan sama ujian pengambilan Juruterbang seperti Ujian Penglihatan, Pendengaran dan Fizikal.

Bagi calon-calon KU, mereka akan menjalani Latihan Asas KU di PULATIBANG 2, Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebelum mengikuti Latihan Lanjutan dan Peralihan di unit masing-masing samada TUDM, PUTD atau Cawangan Udara TLDM.
KU Cawangan Udara TLDM yang dirakam semasa Hari Terbuka Armada TLDM pada 30 April 2017.

Khamis, 20 April 2017

PROSES PERMOHONAN KE UPNM


  

Tahniah kepada pelajar lepasan SPM 2016 yang telah menerima keputusan anda pada 16 Mac 2017 yang lalu. Saya ada menerima beberapa pertanyaan melalui WhatApps dari pelajar yang berminat untuk memasuki UPNM sebagai Pegawai Kadet. Antara yang ditanya ialah mengenai proses sepanjang tempoh hampir 1 minggu sesi pemilihan.

Bagi anda yang ingin maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik, proses permohonan dan temuduga UPNM, dapatkan buku KERJAYA TUDM Sekarang!  Semua maklumat mengenai UPNM terdapat di dalam buku ini.

Untuk mendapatkan buku ini, sila KLIK pada gambar KULIT BUKU di halaman atas Blog untuk hubungi saya secara terus melalui WhatApps (direct link).

Salam Kejayaan!


Isnin, 20 Mac 2017

SKIM PEGAWAI KADET GRADUAN ATM

Skim Pegawai Kadet Graduan terbuka bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam dan Swasta dari dalam atau luar negara.  Bidang-bidang pengajian yang diperlukan juga tidak tetap dan akan berubah setiap tahun mengikut kekosongan perjawatan.

Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet Graduan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. http://www.mafhq.mil.my

Calon Pegawai Kadet Graduan yang memenuhi syarat kelayakan akademik akan dipanggil ke sesi temuduga yang akan berlansung antara 4 hingga 7 hari di mana-mana lokasi yang ditetapkan.  Calon akan menjalani ujian pemilihan asas fizikal yang merangkumi ujian penglihatan, pengukuran tinggi, berat dan pengiraan Body Mass Index (BMI). Lulus ujian asas fizikal, anda akan diuji dengan lebih teliti oleh Doktor Perubatan ATM Selain itu, calon calon-calon juga perlu melalui sesi ujian kecergasan.

Nota: Akan bersambung.....