No
20 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia, bermula dengan penubuhan No 4
Skuadron pada 01 Mei 1980 di TUDM Sungai Besi. Peranan utama ketika itu
adalah sebagai Skuadron Maritim melaksanakan operasi pengawasan maritim
di kawasan perairan merangkumi keluasan ZEE dan kawasan kepentingan
negara. Aset yang dimiliki merupakan 3 buah pesawat Patrol PC130H yang
diperolehi dari Amerika Syarikat dan merupakan satu-satunya jenis
pesawat pengangkut taktikal yang paling efektif dan mantap ketika
itu.Berbagai-bagai operasi serta eksesais gabungan maritim telah
disertai secara bersama dengan negara luar.
Dengan
penambahan sebanyak 5 buah pesawat C130–30R pada tahun 1995 untuk
pengangkutan udara strategik dan taktikal, khususnya untuk menyokong 10
Briged Para dalam melaksanakan tugas pengguguran anggota dan peralatan
bagi operasi dan latihan taktikal secara solo ataupun formasi. Misi
Bantuan Kemanusiaan, Misi Evakuasi Rakyat Malaysia dan penghantaran
Bekalan Makanan merupakan diantara misi antarabangsa bagi membantu
kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kepada negara-negara yang
memerlukan. Peranan skuadron ini juga ditambah lagi dengan
pengubahsuaian 2 buah pesawat PC 130H menjadi Pesawattanker. Pesawat ini juga dikenali sebagai KC130H melaksanakan tugas-tugas pengisian minyak di udara(Air to Air Refuelling) ketika latihan dan operasi untuk pesawat perjuang seperti MiG-29N, Hawk dan F/A-18.
Sesuai
dengan cogan kata TANPA BATASAN, No 20 Skuadron sentiasa komited
dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas-tugas latihan, operasi ataupun
misi antarabangsa. Sumbangan Skuadron ini adalah amat tepat diberi
penghargaan dan dengan itu juga No 20 Skuadron TUDM adalah wajar diberi
Penganugerahan Panji-Panji Skuadron.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan