Isnin, 15 Mei 2017

NOTA KECIL AIMAN: INGIN MENJADI JURUTERBANG TUDM

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Ketika melewati laman Instagram, saya telah terlihat sebuah "posting" oleh seorang ibu mengenai nota yang dilukis oleh anaknya, Muhammad Aiman yang bercita-cita menjadi seorang Juruterbang TUDM.  Pada saya, cita-citanya perlu disemai dengan semangat oleh ibubapanya.  Selain semangat, bagi saya adik tersebut perlu mengetahui dengan jelas bagaimana untuk merealisasikan cita-cita beliau sebagai Juruterbang TUDM.

Sumber Gambar: deeahmad / Instagram
Apabila terjumpa lukisan sebegini, saya akan teringatkan zaman persekolahan saya dahulu.  Saya begitu berminat untuk menjadi seorang Juruterbang Helikopter TUDM.  Namun, usaha saya seolah-olah tersekat kerana tiadanya pendedahan mengenai kerjaya TUDM apatah lagi promosi secara berterusan oleh TUDM sendiri ketika itu.

Pada hari ini, pelbagai medium promosi telah dijalankan oleh TUDM melalui pameran kerjaya, hari terbuka selain aplikasi Media Sosial seperti Facebook, Twiter, Instagram dan sebagainya.  Peluang ini seharusnya diambil oleh golongan pelajar dan belia yang berminat untuk menyertai TUDM bertanya secara terus kepada anggota dan pegawai yang mengendalikan laman sosial TUDM tersebut.

Saya menulis buku "KERJAYA TUDM" ini dengan harapan dapat membantu para pelajar sekolah, lulusan Sijil Kemahiran, graduan Politeknik dan Universiti yang berminat untuk menyertai TUDM merancang perjalanan kerjaya mereka.

In Sha Allah, saya akan cuba menghubungi adik Aiman untuk menghadiahkan buku "KERJAYA TUDM" kepada beliau bagi mencapai cita-citanya sebagai Juruterbang TUDM suatu hari kelak, In Sha Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan buku "KERJAYA TUDM", anda boleh menghubungi saya (WhatApps) melalui nombor telefon 019-5771353.  Anda boleh "KLIK" pada gambar kulit buku di bahagian atas blog untuk menghubungi saya melalui WhatApps tanpa perlu "Save" nombor saya (Direct Link).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan