Selasa, 16 Mei 2017

KOMANDO PASUKAN KHAS UDARA (PASKAU)

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Pasukan Khas Udara (PASKAU) merupakan entiti Komando di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).  Kepakaran dan kebolehan mereka setaraf dengan Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (PASKAL - Kini KD Panglima Hitam).

Pemilihan untuk mengikuti Kursus Asas Komando PASKAU adalah secara terbuka.  Bermakna, mana-mana Anggota LLP atau Pegawai yang sedang berkhidmat boleh memohon untuk menyertai Kursus Asas Komando PASKAU apabila dibuka.

Pemakaian Beret Biru PASKAU untuk  Lt. Muda Zulshafiq Bin Nordin TUDM. Sumber Gambar: Instagram TUDM

Untuk Kursus Asas Komando PASKAU Siri 24/2017, Penuntut Terbaik dijulang oleh Lt. Muda Zulshafiq Bin Nordin TUDM.  Di dalam majlis penganugerahan Beret Biru PASKAU ini juga, beliau turut dinaikan pangkat sebagai LeftenanTUDM.  Majlis tamat latihan Kursus Asas Komando PASKAU siri 24/2017 ini disempurnakan oleh YBhg. Lt. Jeneral Dato' Sri Hj. Abdul Mutalib Bin Datuk Hj. Wahab.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai TUDM sebagai Anggota LLP atau Pegawai dan berminat untuk menyertai kumpulan Komando PASKAU TUDM, dapatkan Buku KERJAYA TUDM Sekarang!  Buku ini merupakan panduan kerjaya lengkap berkaitan TUDM untuk mereka yang menyimpan angan-angan untuk menyarung uniform TUDM suatu hari nanti.

Bagaimana untuk mendapatkan Buku KERJAYA TUDM?  Hubungi saya melalui whatApps 0195771353.

Salam Kejayaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan