Ahad, 5 Julai 2015

Anda Lepasan SPM 2016? JOM Sertai PEGAWAI KADET UPNM


PEGAWAI KADET UPNM DARI KETIGA-TIGA CABANG ATM. 
Kredit Foto: UTUSAN MALAYSIA

ANDA lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016? Bakal menerima keputusan SPM and 16 Mac nanti? Berminat menyertai kumpulan Pegawai Kadet UPNM?  Apakah syarat kelayakan akademik dan fizikal yang diperlukan?  Apakah bidang pengajian di UPNM yang sesuai dengan kelayakan akademik anda?

Mungkin juga anda tertanya – tanya apakah proses temuduga yang perlu anda lalui bagi bergelar seorang Pegawai Kadet UPNM?  Dapatkan jawapannya di dalam BUKU KERJAYA TUDM sekarang!


 

BAGAIMANA UNTUK MENJADI JURUTERBANG TUDM?



 JURUTERBANG PESAWAT SUKHOI SU-30 MKM

KERJAYA sebagai Juruterbang TUDM merupakan antara kerjaya yang paling diminati oleh kebanyakan anak muda.  Namun, bagaimana untuk menjadi seorang Juruterbang TUDM?  Apakah kelayakan yang diperlukan?  Untuk melahirkan seorang Juruterbang operasi yang cekap dan kompetan, terdapat beberapa siri latihan yang perlu dilalui bermula daripada pengajian di peringkat teori hingga latihan penerbangan asas, lanjutan, peralihan hingga ke peringkat perkhidmatan di skuadron operasi.

Ingin mengetahui lebih mendalam mengenai syarat kelayakan dan proses melahirkan Juruterbang TUDM?  Dapatkan E-Book KERJAYA TUDM sekarang!  Klik E-Book KERJAYA TUDM untuk maklumat lanjut.

Ahad, 14 Jun 2015

"Welcome" Airbus A-400M TUDM

“Welcome” Airbus A-400M TUDM

 Pesawat Airbus A400M TUDM membuat penampilan pertama kepada umum semasa LIMA 2015 pada bulan Mac lalu.

Rakyat Malaysia kebanyakan sudah mengetahui bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima sebuah daripada empat unit pesawat angkut gergasi taktikal Airbus A400-M.  Dan buat julung kalinya, pesawat ini dipamerkan semasa  “Langkawi International Maritime and Aerospace” (LIMA) 2015 yang lalu.

Empat (4) unit pesawat ini akan membentuk sebuah skuadron baru di dalam keluarga pesawat angkut TUDM iaitu No. 22 Skuadron yang berpangkalan di Subang.  Sejarah perolehan pesawat ini bermula pada tahun 2005 semasa pameran LIMA 05.  Ketika itu, pesawat ini masih di peringkat konsep dan Malaysia merupakan antara negara awal yang menyumbang pelaburan di dalam proses pembangunan pesawat angkut taktikal ini.

 Pesawat pertama Airbus A400M "dimandikan" setelah tiba di Pangkalan Udara Subang. Foto kredit: airforce.gov.my

Setelah sedekad, TUDM kini gah dengan pesawat angkut yang moden dengan sistem kokpit digital dan sistem penerbangan Fly by Wire yang semestinya memberikan keselesaan dan  meringankan beban juruterbang.  Pesawat ini boleh diperanankan sebagai pesawat angkut taktikal jarak jauh, membawa trup payung terjun, pesawat penangki (Air to Air Refuelling) bagi menyokong gerakan pesawat tempur TUDM.

Untuk rekod, pesawat penangki KC-130T Hercules TUDM pada hari ini tidak mampu untuk menjadi pesawat penangki kepada pesawat tempur Sukhoi Su-30 MKM berikutan Cruise Speed pesawat KC-130T Hercules hampir menyamai Stall Speed pesawat Sukhoi.  Dan ia merupakan sesuatu yang berisiko tinggi apabila pesawat Sukhoi terpaksa terbang pada kelajuan Stall Speed dan ia mungkin akan kehilangan kuasa dan daya terbang. 

Oleh itu, Airbus A-400M merupakan pesawat yang tepat bagi menyokong gerakan pesawat Sukhoi dari aspek pengisian bahan bakar di udara bagi memanjangkan tempoh operasi pesawat ketika konflik atau latihan.

Screenshoot foto dari FB majalah PERAJURIT mengenai operasi helikopter EC-725AP dari No. 5 Skuadron yang menyertai operasi SAR di aras tinggi di Gunung Kinabalu.

Diharapkan agar kehadiran pesawat ini akan membawa banyak manfaat kepada TUDM, negara dan juga rakyat sepertimana yang dibuktikan helikopter Eurocopter EC-725 AP sebagai aset logistik udara yang membantu mangsa banjir di Kelantan (dari No. 10 Skuadron, Kuantan) dan terkini helikopter ini (dari No. 5 Skuadron, Labuan) turut membantu melaksanakan proses evakuasi pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap akibat gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini.  Go Air Force Go!