Tragedi Berdarah Super Puma
Majalah
PERAJURIT edisi Oktober 2011
“31 December 1993 – NAS 332 Super Puma
(M36-01) departed from Butterworth to Kangar to pick-up DPM delegation crashed
at Kampong Teluk, Sg Petani, Kedah. The aircraft Captain, Mej Kamarul Bahrain
bin Ahmad TUDM, Co-pilot Kapt Mohd Fitri @ Chew Ban Chai bin Abdullah TUDM, AQM
Sjn (U) Nordin bin Ahmad and Stewardess Sjn U (W) Azni binti Alias were killed.”
31
Disember 1993, sehari sebelum masuknya tahun baru 1994, sebuah helikopter VIP
Super PUMA NAS-330 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terhempas
di Kampung Teluk, berhampiran Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah. Pesawat ini membawa dua Juruterbang, seorang
Kuatermaster Udara (KU) dan seorang Pramugari TUDM.
Ketika
insiden, pesawat malang ini di dalam perjalanan ke Perlis bagi menjemput
Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang
dalam rangka lawatan ke negeri tersebut.
Sarjan Udara Nordin (Kanan) bergambar kenangan di
dalam helikopter Executive S61N1 Agusta Haly sebelum nahas tersebut.
Pesawat ini mengalami kerosakan dan digantikan dengan Executive Super Puma yang
meragut nyawanya.